<body>

Monday, April 28, 2008

Singapura ialah sebuah negara kecil yang banyak bergantung kepada tenaga rakyatnya. Generasi muda hari ini merupakan tenaga baru yang harus dipupuk untuk memikul tanggungjawab yang berat dalam memastikan Singapura terus berkembang pesat di persada antarabangsa pada masa hadapan. Dengan itu, sekolah bagaikan rumah kedua bagi seseorang pelajar. Sekolah merupakan destinasi bagi pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, disitulah pelajar akan saling mengenali teman-teman pelajarnya yang lain. Sekolah memainkan peranannya untuk mendidik seseorang pelajar. Tetapi,dapatkah pihak sekolah membendung masalah kehamilan di kalangan remaja melalui pendidikan seksualiti? Sebelum kita membuat kesimpulan, marilah kita memusatkan fikiran kita kepada isu yang hangat dan membincangkan sejauh mana kebenaran penyertaan tersebut.

Dalam era globalisasi ini,hal ehwal mengenai seks bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai tabu ataupun sesuatu perkara yang disegankan. Malah, lihatlah di sekeliling anda jika di luar sana. Pelajar-pelajar sekolah tidak lagi segan untuk -bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan dengan pasangan mereka. Apatah lagi, sikap berkonservatif bagaikan telah pupus daripada dunia ini. Fenomena yang merupakan satu kebiasaan ini turut menimbulkan masalah kehamilan remaja terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.


Dalam membanteras masalah yang mencakar reputasi baik seseorang, pihak sekolah telah mengamil tindakan untuk memperkenalkan pendidikan seksualiti kepada pelajar-pelajar sekolah. Dari pelajar dalam sekolah rendah ke pelajar dalam sekolah menengah, pelajar telah dididik berkenaan seks dah seksualiti. Dengan adanya pendidikan seksualiti ini kepada para pelajar, pelajar-pelajar dapat menghalang diri mereka daripada dilanda dalam masalah seks luar nikah. Bukan hanya ia akan menjejaskan nama seseorang itu, malah, ia juga akan membabitkan nama ibubapanya juga. Selain itu, pelajar akan lebih sedar akan kesan negatif yang dibawa akibat seks luar nikah seperti kehamilan dan penyakit AIDS. Pendidikan seksualiti ini memberi fokus kepada pelajar dan bukan gurunya. Guru hanya membimbing seseorang pelajar menyedari akibat daripada setiap pilihan mereka. Berbekalkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dai sekolah, pelajar-pelajar akan lebih terdedah dalam menangani cabaran dan tekanan yang dibawa oleh seksualiti.


Menangani masalah ini tidak akan dapat dibanteraskan dengan bukan hanya pelajar-pelajar dididik tentang seksualiti tetapi ia juga memerlukan kerjasama antara kesemua pihak yang terbabit.

Ibubapa juga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini. Ibubapa merupakan insan yang paling rapat kepada seseorang pelajar. Ibubapa telah mendidik anak mereka sejak mereka kecil lagi. Ibubapa tidak harus bersikap berkonservatif ataupun segan untuk membincangkan tentang isu ini kepada anak mereka. Bukankah ia lebih berkesan jika seseorang pelajar dapat maklumat dan pendidikan seksualiti daripada ibubapa mereka tersendiri yang boleh dipercayai daripada rakan-rakan mereka ataupun lelaman web?


Selain daripada ibubapa, rakan-rakan seseorang pelajar itu juga turut berperanguh dalam hal ini. Rakan-rakan sebaya adalah pengaruh yang paling kuat dalam kehidupan seorang pelajar. Memilih rakan yang betul amatlah penting sekali, Ketika mereka berusia dianatara 13-19 tahun, mereka beranggapan bahawa hanya rakan mereka yang lebih memahami diri dan perasaan mereka. Kesilapan dalam memilih kawan akan mendatangkan masalah yang besar. Ini akan menyebabkan pelajar itu terjerumus ke dalam kancah maksiat. Si remaja akan berfikir bahawa mengamalkan sikap seks luar nikah bukanlah sesuatu yang memalukan diri lagi.


Pendidikan agama dan moral juga penting dalam menangani masalah ini. Ibubapa harus mendidik anak mereka tentang agama dan moral sejak mereka kecil lagi. Justeru, seorang anak itu akan membesar menjadi insan yang berpendirian dan beriman. Dapatlah mereka mengawal nafsu mereka dan dengan itu,dapatlah pendidikan seksualiti membendung masalah kehamilan remaja yang menggugat masyarakat Melayu/Islam di Singapura.


Nursyahidah Binte Saidi (20)
4E1

written at 7:42 AM

Thursday, January 10, 2008

Aku merenung jauh di angkasa yang luas terbentang. Bintang-bintang yang berkelipan dan angin bayu yang bertiupan membuatku hampir terlena dibuai fantasi yang indah. Namun, ternyata keindahan dunia yang fana ini bagai embun di hujung rumput; tidak kekal hanya sementara. Aku kerinduan terhadap datukku yang sudah lama meninggalkan kami dua beradik.

Sambil aku mengira bintang-bintang yang berkilauan, fikiranku membawa aku ke waktu yang dahulu…

“Tuk!” aku terpekik. Dalam sekelip mata,aku terlihat datukku terlentang di jalan raya yang penuh dengan kenderaan. Hatiku berdegap-degup, fikiranku tidak ketenteraman. Apa telah terjadi? Aku sedar. Bahawa, datukku sebenarnya telah meyelamatkan aku daripada dilanggar oleh motosikal itu.
Datukku dihantar ke hospital dan didapati bahawa kakinya itu akan lumpuh.
Kenapakah harus aku tidak ikut nasihat datukku, dan hanya menyemberang tanpa memikirkan keselamatan aku? Kenapakah bukan aku yang dilanggar,tetapi datukku yang sudah meningkat usia? Mengapa? Bermacam soalan bermain di kotak fikiranku, bagaikan irama lagu.

Aku kesal dan bertekad untuk bekerja keras demi masa hadapan aku, supaya aku dapat berjaya dan menolong datukku menyara kehidupan kami sekeluarga pada masa kelak. Aku rasakan bahawa datukku telah banyak berkorban dari segi kewangan dan sebagainya. Tetapi, sumua pengorbanan datukku tidak berakhir di situ. Namun, dia masih berkeras kepala untuk bekerja walaupun aku sudah menasihatinya. Datukku mengambil bermacam-macam perkerjaan tetapi tanpa sekali pun datukku telah mengadu betapa penatnya. Dia pernah sekali memarahi aku apabila aku menyuruh dia berhenti bekerja kerana aku ingin mengambil alih tugasnya, aku rasakan bahawa aku sudah cukup usia untuk bekerja dan menyara kehidupan kami sekeluarga. Katanya, bahawa aku dan adikku masih adalah tanggungjawabnya,dan tida sesiapa pun termasuk aku,akan mengambil ailh tanggungjawabnya itu.

Dengan berkat doa datukku dan yang maha esa, aku dan adikku telah berjaya untuk membangunkan sebuah syarikat. Alhamdullillah. Kami berdua semakin sibuk dengan kerja kami,hinggakan kadang-kala, kami sampai tidak berbicara bersama datukku. Aku sering melihat datukku mengurut kakinya yang sudah lumpuh,tetapi aku tidak menghiraukannya. Lama-kelamaan, perhubungan antara kami bertiga renggan – tiada kommunikasi antara sebarang pihak.

Suatu hari, adikku menelefon aku sewaktu aku sedang berehat. ’Bang,hari ini hari jadi tuk kan? Dah beli hadiah?’ dia menanya. Aku baru sedar tentang hari jadi datukku itu. Aku dengan lekas terus pergi mencari hadiah yang sesuai bagi orang yang dikasihi.

Tetapi,apabila aku pulang,perutku seperti ingin melonjat keluar,hatiku berderaian dalam dadaku. Aku terlihat datukku terbaring di katil dengan sehelai kain putih yang menutup paras mukanya.

’TUK!’ aku berteriakan sekuat-kuat hatiku. Aku menangis. Sekurangnya ,adikku dapat berada di sisi datukku sewaktu dia mengahyati minit-minit terakhirnya,tetapi aku?

Pada ketika itu, aku sedar akan bilalah waktu terakhir aku telah megucapkan terima kasih kepadanya kerana telah meyiapkan makanan dan minuman, menunggu kepulangan aku setiap hari, memberi aku perangsang, menolong aku dalam segi kewangan,fizikal dan mental,memberi hidupku cahaya dan terutama sekali, menyara kehidupan aku dan adikku tanpa beradu. Bilakah akan aku dapat peluang lagi untuk mengucapakan terima kasih kepadanya? Mungkin bila aku menjumpainya pada kehidupanku di seberang.

Pengorbanan datukku akan aku selalu simpan dalam fikiranku. Memori yang indah akan sentiasa aku kenangkan. Datukku,idola ku. Kerjayaan kami dua beradik tidak akan menjadi sebuah realiti tanpa sokongan dan pengorbananmu.Pengorbananmu yang tidak terhingga, tiada apa-apa pun dapat membalas budi dan jasa mu itu,tuk. Datuk, terima kasih atas pengorbananmu selama ini.Akanku sampaikan doa kepadamu. Amin.

written at 6:43 AM

Wednesday, August 8, 2007

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja pulang daripada Macdonald's di Bukit Batok sejam yang lalu. Sebelum itu, Cikgu Muslim, rakan-rakan serta saya telah pergu ke Victoria Theatrette untuk menonton acara Pentas Budaya. Itulah pertama kali saya telah pergi menonton sesuatu acara sebegini. Dan itulah pertama kali saya telah menjejak di Victoria Theatrette!

(:
Saya sampai ke tempat itu lewat kerana bas yang saya menaiki mengalami kemalangan di Orchard Boulevard, malang betul ya? Saya pun terpaksa menelefon Bapa saya, yang berada di kawasan itu, untuk menghantar saya. Selamat. (:


Ramai orang telah pergi melihat acara tersebut. Bukan sahaja kaum Melayu yang menonton, kaum Cina pun ada!

Bagi saya, acara tersebut sangat menarik. Mereka membentukkan pertandingan antara kumpulan-kumpulan dalam bentuk secara 'show biasa'. Saya hanya sedar bahawa ia sebenarnya sebuah pertandingan bila pengacara memberi hadiah kepada pemenang. Haha! Tema bagi acar tersebut adalah silam,selam dan sulam. Apatah lagi, saya juga telah bertemu bersama rakan sekolah rendah saya! (:

Persembahan yang paling saya gemari adalah persembahan tentang Mat Jenin dan 'crew-nya'. Sungguh lucu! Saya amat kagum dengan kreativati mereka untuk mementaskan sesuatu sebegitu. Tambahan lagi, pelakon-pelakonnya melakonkan watak mereka dengan bagus! Syabas semua! Pentas budaya itu berakhir dalam kira-kira jam 10 lebih. Selepas itu, kami pun pulang dengan menaiki MRT daripada City Hall ke Bukit Batok, dimana kami 'memuaskan' kelaparan perut kami!

Saya berasa seronok semasa Pentas Budaya ini. Saya telah banyak tawa kerana persembahannya lucu! Saya harap saya dapat pergi ke sebuah acara seperti ini, Insyaallah. (:

Baiklah. Saya harus bersiap sedia untuk ke Malaysia dalm jangka masa 4 jam lagi!

Selamat Bercuti!
(Maaf, gambar tidak begitu jelas.)




written at 1:21 AM

Wednesday, July 4, 2007

VIDEO KEMBARA SASTERA

(:
Selamat Menikmati.

written at 8:59 AM

Monday, June 18, 2007








written at 5:21 PM

Friday, June 15, 2007

Inilah contoh-contoh sajak oleh rakan-rakan saya:

Batu-
Kekerasan memancarkan kekuatan.
Berwarna kelabu batu itu,
Berdudukkan sendirian
Menusuk kalbu.

Dedaun-
Gugur dedaun itu.
Kehijauan melambang kesayuan.
Jatuh ke muka bumi,
Hari demi hari.

Bunga Pokok Bakar-
Bunga pokok bakar
Membakar warna kemanisanmu.
Kesucian mendayu-dayu.
Ingatlah aku selalu di lubuk hatimu.

Jambu laut-
Terapung-apung jambu laut,
Memanggil-manggil meminta tolong.
Arus air membawa jauh.
Jauh dari rumahnya yang betul.
(copyrighted Syakirah & Fathin)

Kau menghiasi pepohon,
Pepohon yang tiada tarikan.
Walaupun dirimu tiada harum,

kemuculan kamu tetap mewarnai dedaunan,
Yang agak membosankan.

Kehadiranmu seperti pelangi,
Ketenangan lantas...
Mengelubungi hatiku...

(copyrighted Hazlinda&teman.)

Dan, 'drum rolls'!
Inilah sajak yang dihasilkan oleh Syairah the tinggi dan saya :
(:

Aku adalah dedaunan,
Aku adalah dedaunan yang berhijauan,
Aku adalah dedaunan yang seperti berkilauan,
Aku adalah dedaunan yang memberi nafas hidup bagi setiap kehidupan,
Aku adalah,
hanya...
Dedaunan.

Leraikan aku,
Dan aku jatuh seribu,
Tiup ku daripada tapak tanganmu,
Dan ku terbang, tanpa sebarang sayap apapun,
Jauh daripadamu, jauh,
Ku terbang dan tidak ku kembali kepadamu...

Aku masih adalah dedaunan,
Tetapi ku kini sudah kering,
Reput dan berputih-putihan.
Aduhai, aku dahulu dedaunan,
Yang berhijauan, berkilauan,
Tetapi,aku masih adalah dedaunan,
Yang setia kepadumu,
Setia kepada kehidupan.

Part 2:

Aku mungkin hanyalah sebatang kayu padamu,
Tetapi pernahkah kau fikir,betapa pentingnya aku?
Aku seperti setiap tulang dalam badanmu,
Ku memberi pegangan kepada setiap dedaunan itu.
Tetapi mengapakah engkau begini?
Mematahkan ku hingga ku seperti,
sebatang kayu yang tidak bererti,
Oh manusia, mengapalah ku begini?
Janganlah deraikan aku,
Janglah musnahkan aku.
Aku hanyalah sebatang pohon kayu.

Sebenarnya, saya telah hilang kertas dimana saya menulis sajak yang dihasilkan oleh kami, tetapi tidak mengapalah, kerana saya telah menggantinya dengan ini. Maaf! (:
Keseluruhannya, saya telah bergembira sepanjang pengembaraan saya itu. Dan saya harap kami dapat pergi ke sebuah pengembaraan sebegini.

Eys, mestilah, pasal 'last-last' Cikgu belanja!

Saya telah mempelajari banyak perihal yang tidak mungkin saya dapat mempelajari dimana-mana sahaja. Ia memang benar-benar sebuah pengalaman 'out-of-class'!

Salam selamat,
Syaaaaaaaaaaaaaah(:

written at 3:16 PM

Thursday, June 7, 2007

Assalamualaikum. (:

Hari ini merupakan hari yang saya telah pegi mengembara bersama rakan-rakan sedarjah saya dalam kelas bahasa Melayu saya. Pengembaraan ini dinamakan 'Kembara Sastera' oleh disebabkan bahawa bukan sahaja kami mengembara,malah, kami juga melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat kami mempelajari sesuatu seperti membuat sajak kami tersendiri!

Haha, best kan?
Tahu. ((:

Kami berjumpa satu sama lain di Bukit Batok Interchange pada waktu 7 pagi. Tetapi, akhirnya, kami bertolak dalam kira-kira pukul 730-745 pagi. Maklumlah, ada yang lewat, seperti saya! Kebanyakan kami berbekalan roti, air dan ada yang membawa cokolat! Malangnya, pada waktu itu, saya kehilangan suara saya.

Haiyooohs.

Setelah semua tiba, kami pun menaiki bas 852 untuk menuju ke destinasi kami iatu MacRitchie. Apa lagi, saya ambillah kesempatan untuk tidur sewaktu perjalanan itu! Ngantok katakan. Saya sangkakan bahawa perjalanan akan mengambil masa yang lama tetapi tidak. Kami sampai ke destinasi kami dalam masa kira-kira 20 minit sahaja, cepat ya? Ghairah tu ghairah tetapi saya tidak akan menafikan bahawa saya berasa malas untuk mendaki bukit ataupun apa sahaja. Hendak katakan, pada masa percutian sekolah ini, saya asyik-asyik makan,minum,tidur, dan tiba-tiba saya harus pegi mengembara pada pagi itu, 'mane best'?!

Kami semua kelihatan segar pada pagi itu, dan setelah kami diberitahu perkara-perkara yang harus dah tidak harus dibuat oleh Cikgu Muslim, kami pun mulakan pengembara kami...
Sebaik cuaca pada pagi itu tidak begitu panas. Setelah lama berjalan di perhutanan itu, mulalah sesetengah daripada kami yang menyenyeh (saya lah tu!) dan juga yang mempunyai melecet di kaki mereka. Gigitan nyamuk juga membuat saya sedikit bingit kerana ia sungguh sangatlah gatal. Sambil berjalan, kami dapat menikmati suasana alam semula jadi itu, bau dedaunan, tawa di sana sini dan bermacam-macam lagi.

Akhirnya, masa yang kami tunggu-tunggukan. Masa rehat! Haha! Alhamdulillah, akhirnya kami tuju ke sebuah pondok, perhentian pertama kami, dan mula aktiviti pertama kami. Ada rakan saya yang mengambil kesempatan untuk makan bekalan mereka itu. Kami semua juga telah menjumpai seekor ular, sebenarnya Suhastri yang melihat ular itu dahulu. Geli sungguh!

Selepas itu, kami menyambung pengembaraan kami dan melakukan banyak akitiviti di merata tempat di MacRitchie Reservoir. Akitiviti yang paling saya gemari adalah aktiviti yang memerlukan kami untuk mengiklimasikan sajak yang telah kami ubahkan. Dapatlah saya melihat rakan-rakan saya yang ada begitu dramatik, seperti Syakirah, dan kesemua sungguh spontan. Tertawa saya melihat gerak-geri rakan-rakan saya itu.

Haha!

Semasa perjalanan kami, kami menjumpai banyak jenis haiwan. Seperti semut yang sungguhlah BESAR, Raja semut agaknya? Kami juga menjumpai biawak dan monyet. Adalah banyak lagi, terlalu sangatlah banyak. Setibanya kami di tingkat yang tertinggi di Jelutung Tower, kami dapat menikmati pemandangan yang begitulah indah. Pokok yang tinggi, dan berhijauan...

Dan juga, dapatlah saya 'feeling-feeling' tinggikan sekali sekala. (:

Kami memetik banyak gambar sewaktu pengembaraan kami dan saya akan 'upload' gambar itu sebentar lagi. Akhirnya, kami pun mengakhiri pengembaraan sastera kami di sebuah kedai, dengan memuaskan perasaan dahaga kami itu, dengan melakonkan sekali lagi, tetapi kini, kami harus mengiklimasikan sajak kami dengan menyanyikannya, berlakon dan sebagainya. Ketika itu, kami semua sudah letih setelah berjalan jauh dan pada masa itu, saya seperti tidak bersemangat untuk melakukan lakonan sajak saya itu.

Padahal,padahal.

Selepas itu, kami pun beredar dari MacRitchie itu setelah memetik beberapa 'Group Photo'. Walaubagaimanapun, saya tidak akan lupakan kejadian bahawa rakan saya dikejar monyet dan hampir-hampir terpijak biawak.

Lucu betul, lintang-pukang dia lari.

Heees.

Dengan itu, kami pun mengakhiri hari kami dengan bermakan di Pizza Hut, terima kasih kepada Cikgu kami yang sudi belanja kami semua. Terima Kasih!

Salam selamat,
Syaaaaaaaaaaaaah. (:

written at 2:32 PM

Penulis

Nursyahidah Bte Saidi.
16 tahun.
Murid daripada Sekolah Menengah Yusof Ishak.
Selamat Datang(:


suka-s.

kucing.
kawan.
keluarga.
Dan banyak lagi lah kan.


Gambar-gambar



Kembara E-Sastera
Hello.




Kawanku

fahmi
syazlin
aqira
hazlinda
suhastri
diyana
athishah
syakirah
haiqal
izdihar
elyas
syidin
fathin
hakim
faiqah
jenifer
sifra

Muzik please!




CREDITS

zero one two three four